GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 1

KEDUDUKAN


- Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga sebagai ‘global address’.

- Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.

- Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.

- Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah 111Km.

- Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan apabila berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.

- Eratosthene (276 – 194 S.M.) merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.

- Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem Peta Grid.

- Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan pada garisan latitud dan longitud.

- Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya memberikan dua nombor rujukan yang merupakan kedudukan garisan latitud dan garisan longitud yang merupakan titik persilangan kedua-dua garisan.

- Pemetaan permukaan bumi di dalam sistem penentuan lokasi berasaskan teknologi moden seperti Global Positioning System (GPS ) memanfaatkan sistem peta grid dalam penentuan lokasi dengan tepat.




Garisan Latitud.


- Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.

- Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.

- Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

- Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling panjang iaitu 45,075.16 kilometer.

- Garisan latitud berfungsi sebagai penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan glob.




Latihan


1. Kedudukan sesuatu tempat di atas peta dunia ditentukan dengan titik persilangan antara ___________________ dan __________________.

2. Garisan latitud dilukis secara ________________ di atas glob.

3. Garisan khatulistiwa membahagikan bumi kepada 2 bahagian iaitu ________________ dan ________________________.

4. Garisan latitud yang terpanjang ialah garisan __________________ yang mempunyai ukur lilit ______________ kilometer.

5. Tokoh geografi yang pertama menghasilkan garisan bujur dan lintang ialah __________



Melukis dan Menentukan Kedudukan Garisan Latitud.

- Kedudukan sesuatu kawasan di atas peta atau glob adalah sangat mudah dirujuk dengan berdasarkan peta grid yang menggunakan garisan latitud dan longitud.



Garisan Longitud

- Merupakan garisan bayangan yang dilukis dari Utara ke Selatan di atas glob.

- Garisan ini sama panjang dan bertemu di bahagian kutub Utara dan Kutub Selatan.

- Garisan ini sangat penting untuk menentukan waktu tempatan.

- Garisan meridian dilukis berdasarkan kepada garisan meridian pangkal.

- Pada tahun 1884 sekumpulan saintis, pedagang dan juga ahli pelayaran menjadikan Greenwich, England sebagai meridian pangkal.

- Garisan Meridian Pangkal (Prime Meridian) juga dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich (GMG) yang terletak di London.

- Nilai sudut bagi garisan Meridian Greenwich ialah 0°.

- Ukuran sudut bagi garisan longitud ialah :

1. Zon Barat 0° - 180°B
2. Zon Timur 0° - 180°T

- Garisan Longitud 180°T dan 180°B adalah merupakan garisan yang sama dan dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) bersetentang dengan garisan meridian pangkal di atas glob.

- Garisan ini terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.

- Penting untuk menentukan pertukaran tarikh antarabangsa.




Melukis dan Menentukan Kedudukan Garisan Longitud.

- Kedudukan sesuatu kawasan di atas peta atau glob adalah sangat mudah dirujuk dengan berdasarkan peta grid yang menggunakan garisan latitud dan longitud.






Menyatakan dan menentukan kedudukan sesuatu tempat berasaskan Latidud dan Longitud.



Kedudukan pada glob.

- Dalam penentuan kedudukan sesuatu tempat di atas glob, titikan rujukan berasaskan garisan latitud dan longitud digunakan.

- Harus diingat bahawa tertib membaca kedudukan di atas glob dimulakan dengan garisan latitud diikuti dengan garisan longitud (Latitud, Longitud).

Kaedah menentukan kedudukan di atas glob.

1. Pastikan kedudukan garisan latitud 0° dan juga kedudukan garisan meridian Greenwhich 0°.

2. Pastikan lokasi yang hendak dicari berada di zon yang betul dengan melihat sama ada berada di zon barat atau timur dengan melihat GMG dan sama ada lokasi berada di hemisfera utara atau hemisfera selatan dengan melihat garisan latitud 0°.

3. Kebiasaanya kedudukan sesuatu lokasi adalah berdasarkan kepada nilai sudut.




Menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta dengan menggunakan garisan latitud dan longitud.


- Garisan lintang adalah sangat penting untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas permukaan bumi yang berpandukan kepada peta.

- Titik persilangan di antara garisan latitud dan garisan longitud menunjukkan kedudukan tempat berkenaan.

- Panduan menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan berpandukan kepada garisan latitud dan garisan longitud ialah nilai garisan latitud disebut dahulu diikuti oleh nilai garisan longitud.

- Garisan latitud dan longitud diukur dengan menggunakan unit:

1. darjah (° )
2. minit ( ' )
3. saat ( ' ' )

Setiap darjah (°) garisan longitud dan garisan latitud dibahagikan kepada 60 minit

~ 30 Jun 2009 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 2

ARAH


- ditentukan dengan berpandukan kepada arah:

1. Arah matahari terbit dan terbenam.

2. Arah bulan terbit dan terbenam.

3. Kumpulan bintang-bintang di langit seperti:

• Buruj pari (S)
• Buruj Anjing Besar (U)
• Buruj Belantik (U)
• Buruj Biduk (U)


Kompas Magnetik.


2.0 Mengenali kompas magnetik.

- Terdapat beberapa jenis kompas magnetik seperti kompas magnetik mudah, silva dan lenstik .

• Kompas Magnetik Silva
• Kompas Magnetik Mudah
• Kompas Magnetik Lenstik.


2.1 Memahami konsep kompas magnetik dan kemagnetan bumi.

- Mungkin anda bertanya, kenapa jarum kompas magnetik sentiasa menunjukkan arah Utara dan Selatan.

- Jarum kompas magnetik sentiasa menghala arah utara kerana daya tarikan semulajadi magnet bumi.

- Jarum kompas sentiasa menghala ke arah daya magnet bumi.

- Sudut hala jarum kompas akan berkurangan secara sekata dari 90° di kawasan kutub magnet ke 0° di kawasan khatulistiwa.




Latihan

Jawab semua soalan berikut:

1. Nyatakan 2 panduan arah semula jadi.



2. Nyatakan 3 jenis kompas.



3. Kenapakah arah jarum kompas magnetik sentiasa menghala ke arah utara bumi?




2.2 Jenis-Jenis Utara.


- UG (Utara Grid) - Arah utara di atas peta topo mengikut garisan Grid Timuran dalam peta topo.

- UB (Utara Benar) – Arah utara sebenar yang mengikut arah kutub utara yang selari dengan garisan longitud yang menghubungkan Kutub Utara dengan Kutub Selatan.

- UM (Utara Magnet) – Arah utara yang ditunjukkan oleh kompas magnetik di mana arah ini hampir kepada UB.



Latihan

Jawab semua soalan berikut:


1. Lukis rajah jenis-jenis utara.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah utara grid?


3. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah utara benar?


4. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah utara magnet?




3. Bearing.


- Bearing adalah ukuran dua arah di antara dua tempat.

- Arah ditentukan berdasarkan ukuran sudut yang dinyatakan di dalam ukuran darjah(°).

- Secara umum, bearing diukur di dalam dua format ukuran iaitu:

• Bearing Azimut.
• Bearing sukuan.


3.1 Bearing Azimut.


- Juga dikenali sebagai bearing penuh dan bearing sudutan.

- Setiap arah diukur dengan menggunakan sudut dari 0° - 360°.

- Bearing diukur mengikut arah pusingan jam.



3.1.1 Kaedah mengukur bearing azimut dengan jangka sudut.


- Cara yang paling mudah mengukur bearing ialah dengan menggunakan jangka sudut.

- Langkah:

1. Lukis garisan lurus melalui utara – selatan melalui poin A.
2. Lukis garisan lurus menyambung poin A ke poin B.
3. Letakkan jangka sudut tepat dengan garisan lurus utara – selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut berada di atas poin A.
4. Sudut dibaca mengikut pusingan jam sehingga ke garisan yang menuju ke poin B.


3.2 Bearing Sukuan.

- Merupakan penentuan arah dengan mengukur sudut bearing secara sukuan

- Sukuan Utara – Sudut diukur dari arah Utara ke Timur atau Barat.

- Sukuan Selatan - Sudut diukur dari arah Selatan ke Timur atau Barat.




3.3 Bearing Sudutan


- Bearing yang diukur dari arah utara mengikut pusingan jam

- Diukur menggunakan jangka sudut

~ 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 3

SKALA DAN JARAK


1.1 Skala

- Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

- Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.

- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.


1.2 Jarak.

- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.

- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:

• Jarak Mutlak.
• Jarak Relatif.

- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).

- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).

- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.



Latihan


Jawab semua soalan berikut:


1. Apakah skala?


2. Apakah skala lurus?


3. Berikan 3 jenis skala.

1. __________________________
2. __________________________
3. __________________________


4. Apakah jarak?


5. Apakah jarak mutlak?


6. Apakah jarak relatif?




2. Jenis-jenis skala lurus.


2.1 Skala lurus mudah.

- Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.


2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.

- Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada asas menukar skala lurus mudah


2.2 Skala lurus penuh.

- Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0.

- Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.



Latihan


Jawab semua soalan berikut:

1. Nyatakan 2 jenis skala lurus.

1. ____________________
2. ____________________

2. Lukiskan satu contoh rajah skala lurus mudah.


3. Lukiskan satu contoh rajah skala lurus penuh.


4. Nyatakan 2 perbezaan yang ketara di antara skala lurus mudah dengan skala lurus penuh.

1. _____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________




3. Mengukur Jarak.

- Jarak pada peta boleh diukur dengan menggunakan alat:-

1. Pembaris
2. Jangka tolok
3. Jalur kertas
4. Benang
5. Kertas teres (Tracing Paper )

- Dalam tajuk ini penggunaan kertas teres akan ditekankan kerana penggunaan kertas teres merangkumi semua fungsi alat yang disenaraikan dari 1 hingga 4 di atas.

Nota:

1. Anda boleh juga menghasilkan kertas teres sendiri dengan menggunakan kertas A4, kertas bergaris bersaiz A4 atau B4. Lumurkan kertas anda dengan minyak masak dengan rata kemudian lap dengan kain minyak yang berlebihan dan keringkan di bawah sinaran matahari.



4. Menukar jarak pada peta kepada jarak sebenar.

- Jarak di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak sebenar dengan berdasarkan kepada skala peta yang diberikan.

- Kaedah yang digunakan ialah mengambil jarak di atas peta dengan menggunakan kertas teres kemudian ukur jarak yang diperolehi dengan skala peta yang telah disediakan.



5. Menukar jarak sebenar kepada jarak di atas peta .

- Jarak sebenar di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak tertentu untuk tujuan pemetaan.

- Pertukaran jarak daripada jarak di atas bumi kepada jarak di atas peta ditentukan dengan menetapkan skala peta yang hendak digunakan.

~ 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 4

GRAF

- Graf digunakan untuk memperlihatkan maklumat atau menggambarkan data dengan tepat dan jelas.
- Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:

1. Graf bar berganda
2. Graf garisan berganda

- Graf biasa digunakan untuk menunjukkan jumlah tertentu seperti hujan bulanan, bilangan penduduk atau keluaran sesuatu barangan bagi sesuatu tempoh yang tertentu.


Graf bar berganda.

- Graf ini digunakan untuk membandingkan dua unsur atau lebih unsur.

- Boleh dilukis secara menegak atau mendatar.

Langkah-langkah melukis graf:

1. Sediakan paksi X dan Y yang berbentuk seperti ‘L’ huruf besar. Paksi Y menegak dan paksi X melintang.
2. Tentukan perkara paksi X dan Y.
3. Untuk paksi Y – tentukan skala yang digunakan berdasarkan angka terendah atau tertinggi.
4. Lukis palang berdasarkan jadual.
5. Masukkan label.
6. Masukkan tajuk.


Latihan

Sediakan satu graf bar berganda berdasarkan maklumat di bawah.

Ladang X mengeluarkan hasil pertanian seperti berikut, hasil pengeluaran getah pada tahun 1986 – 70 juta tan manakala kelapa sawit 100 juta tan, pengeluaran 1987 150 juta tan manakala kelapa sawit 150 juta tan, hasil pengeluaran getah pada tahun 1988 260 juta tan manakala kelapa sawit 280 juta tan, hasil pengeluaran getah pada tahun 1989 300 juta tan manakala kelapa sawit 350 juta dan 1990 260 juta tan manakala kelapa sawit 400 juta tan.

1. Susun data pengeluaran syarikat X di dalam bentuk jadual.

Tahun Getah Kelapa Sawit
1986
1987
1988
1989
1990

~ 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 5

RAJAH

- Rajah adalah gambaran maklumat dan data geografi dalam bentuk grafik atau ilustrasi.

- Penggunaan rajah di dalam penyampaian maklumat berfungsi untuk meringkaskan maklumat, maklumat lebih jelas, menarik dan mudah difahami.

- Rajah digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara berbentuk proses atau aliran maklumat.

- Sebuah rajah yang lengkap mempunyai beberapa ciri iaitu:

• Tajuk
• Label
• Maklumat ringkas.

- Rajah terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rajah kitaran.
2. Peta minda.


Latihan

Jawab soalan-soalan berikut.


1. Apakah yang dimaksudkan sebagai rajah?

_______________________________________


2. Berikan 3 fungsi utama penggunaan rajah?

1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________


3. Nyatakan 3 ciri utama sebuah rajah yang lengkap.

1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________


4. Nyatakan 2 jenis rajah.

1. _______________________________
2. _______________________________



2. Rajah Kitaran.

- Rajah kitaran adalah gambaran maklumat di dalam bentuk proses atau kitaran.

- Rajah kitaran melibatkan beberapa perkara iaitu:

1. Aliran maklumat.
2. Penggunaan anak panah dan nombor.
3. Penerangan ringkas mengenai proses atau maklumat tertentu.


2.1 Mentafsir Rajah Kitaran.

- Dalam tafsiran rajah kitaran seseorang pembaca perlu melihat beberapa perkara iaitu:

1. Tajuk.
2. Susunan nombor atau urutan.
3. Anak panah yang memperlihatkan aliran.
4. Label dan juga penerangan ringkas.


3. Peta Minda.

- Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis bertujuan untuk meringkaskan maklumat.

- Sebuah peta minda mempunyai beberapa ciri iaitu:

1. Tajuk.
2. Maklumat-maklumat ringkas.
3. Penggunaan anak panah.


Latihan

Arahan: Berdasarkan petikan di bawah, lukis sebuah peta minda untuk meringkaskan maklumat mengenai kepentingan tanah tinggi di Malaysia. Kepentingan tanah tinggi di Malaysia. Tanah tinggi di Malaysia bukan sahaja memperlihatkan kepelbagaian ciri bentuk muka bumi tetapi juga memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia. Tanah yang menjadi habitat utama hutan yang bukan sahaja menjadi sumber kayu balak tetapi juga penting sebagai kawasan tadahan air. Di samping itu, hutan di kawasan tanah tinggi juga memainkan peranan sebagai pembekal sumber bahan binaan sekaligus menjadi salah satu sumber ekonomi. Dalam pada itu, bentuk muka bumi yang bercerun-curam menjadi legeh utama sungai dengan aliran yang deras membolehkan pembinaan pusat menjana kuasa elektrik hidro. Malahan, kawasan tanah tinggi bukan sahaja penting sebagai kawasan aktiviti pertanian tetapi juga sangat penting sebagai destinasi pelancongan yang penting seperti Gunung Jerai, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Taman Kinabalu dan sebagainya.


3.1 Mentafsir Peta Minda.

- Dalam tafsiran peta minda seseorang pembaca perlu melihat beberapa perkara iaitu:

1. Tajuk.
2. Susunan nombor atau urutan.
3. Anak panah yang memperlihatkan aliran.
4. Label dan juga penerangan ringkas.

~ 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 6

PETA

- Peta merupakan gambaran atau pelan yang menunjukkan kedudukan ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya yang terdapat di dalam peta yang menggambarkan sesuatu kawasan yang hendak dipetakan.

- Secara umum terdapat 4 jenis peta iaitu:

1. Pelan ( Lakaran yang menggambarkan keadaan sesuatu kawasan tetapi maklumat masih kurang) .

2. Peta Atlas (Peta yang menunjukkan secara umum tentang sesuatu topik seperti jenis tanaman, politik dan sebagainya).

3. Peta glob ( Juga dimasukkan sebagai peta atlas)

4. Peta Topografi ( Gambaran yang lebih tepat dan teliti. Memperlihatkan secara terperinci mengenai keadaan sesuatu tempat daripada aspek ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya/ciri-ciri kemanusiaan).

- Dalam perkembangan geografi semasa penggunaan peta bergambar semakin popular untuk memberikan maklumat yang ringkas dan mudah kepada pengguna terutama sekali dalam bidang pelancongan.

- Peta bergambar biasanya memaparkan maklumat mengenai:

1. Tempat bersejarah.
2. Pusat rekreasi.
3. Pusat membeli belah.
4. Kawasan penginapan.
5. Kemudahan pengangkutan.

- Usaha memetakan permukaan bumi telah dimulakan oleh Anaximander dari bandar Miletus (Yunani) dengan menggunakan skala di dalam peta, beliau telah meletakkan negara Yunani di tengah – tengah negara Eropah.



Latihan


Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai peta?


2. Nyatakan 5 jenis peta.

1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
4. ___________________________________________
5. ___________________________________________


3. Peta bergambar sangat penting di dalam bidang ___________________.


4. Nyatakan 5 jenis maklumat yang dipaparkan di dalam peta bergambar.

1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
4. ___________________________________________
5. ___________________________________________



2. Peta Bergambar.

- Peta bergambar digunakan di dalam peta pelancongan.

- Peta bergambar biasanya menggunakan angka, nombor atau simbol bergambar untuk mewakili ciri-ciri tertentu di dalam peta pelancongan.

- Ciri-ciri sebuah peta bergambar ialah:

• Tajuk.

• Petunjuk peta

• Arah mata angin



2.1 Mentafsir Peta Bergambar.

- Peta bergambar boleh ditafsir atau dibaca berdasarkan pada:

• Tajuk peta penting kerana ia memberi maklumat kepada pembaca peta mengenai kawasan peta itu diambil.

• Petunjuk peta sangat penting untuk memudahkan kita melihat secara tepat keadaan sesuatu kawasan yang digambarkan berdasarkan kepada petunjuk yang diberikan. Daripada petunjuk kita dapat menentukan ciri-ciri fizikal serta ciri-ciri budaya di sesuatu kawasan.

• Arah mata angin sangat perlu untuk memudahkan kita menentukan arah sesuatu tempat di atas peta.

- Ciri-ciri fizikal – Semua unsur yang terjadi secara semula jadi seperti gunung, sungai, tumbuhan semula jadi dan lain-lain.

- Ciri-ciri budaya – semua unsur yang terjadi akibat daripada kegiatan manusia atau ciri-ciri buatan manusia seperti sistem pengangkutan, jalan raya, padang, bangunan dan lain-lain.




Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai peta bergambar?


2. Peta bergambar digunakan di dalam peta ________________.


3. Nyatakan 3 ciri utama peta bergambar.

1. _______________________________________________
2. _______________________________________________
3. _______________________________________________


4. Apakah yang dimaksudkan sebagai ciri-ciri fizikal?


5. Apakah yang dimaksudkan sebagai ciri-ciri budaya?

~ 0 ulasan

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 7

TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

1. Jumlah Penduduk

- Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2008 ialah ±27.73 juta orang
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008).

2. Taburan Penduduk.

- Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata.

- 95% penduduk tinggal di kawasan:

• Dataran.
• Lembah sungai.
• Kaki bukit.
• Pinggir pantai.

- 62% penduduk tinggal di bandar dan 38% tinggal di kawasan luar bandar. - Formula untuk mengira kepadatan penduduk :

Padat - Lebih 200 orang sekilometer persegi
Sederhana - 50 hingga 200 orang sekilometer persegi
Jarang - 10 hingga 49 orang sekilometer
Sangat jarang - kurang 10 orang sekilometer persegi

- Tumpuan penduduk di semanjung Malaysia ialah di barat dan di dataran pantai timur laut.


2.1 Kawasan berpenduduk padat.

- Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk padat ialah di kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.

- Kawasan berpenduduk padat:

Semenanjung Malaysia:

• Dataran Pantai Barat : 1. Dataran kedah-Perlis 2. Pulau Pinang 3. Seberang Prai 4. Lembah Kinta 5. Lembah Klang 6. Seremban 7. Bandaraya Melaka 8. bandaraya Johor Bahru

• Dataran Pantai Timur : 1. Dataran Kelantan 2. Bandar Kota Bahru 3. Dataran Terengganu 4. Bandar Kuala Terengganu 5. Bandar Kuantan

• Sabah: 1. Bandaraya Kota Kinabalu. 2. Sandakan 3. Tawau

• Sarawak: 1. Bandaraya Kuching 2. Sibu 3. Miri 4. Bintulu

- Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kawasan tumpuan penduduk ialah di Dataran Kelantan, Dataran Terengganu dan bandar Kuantan.

- Tumpuan penduduk di Malaysia ialah kawasan dataran dan delta kerana kawasan ini terdiri daripada tanah aluvium yang subur untuk kegiatan pertanian.

- Di kawasan lain, penduduk tertumpu di kawasan pusat bandar utama kerana berfungsi sebagai ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan serta perindustrian.

- Bandaraya Kota Kinabalu dan Bandaraya Kuching berpenduduk padat kerana ia merupakan ibu negeri.

- Lembah Kinta dan Lembah Klang berpenduduk padat akibat daripada kesan perlombongan bijih timah.


Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan padat penduduk?

2. Taburan penduduk adalah ______________ kerana penduduk tertumpu di tempat-tempat tertentu.

3. Mengapakah penduduk Malaysia tertumpu di kawasan dataran dan delta?

4. Nyatakan 2 bandar yang berpenduduk padat akibat daripada kesan perlombongan bijih timah.
1. _______________________________
2. _______________________________

5. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk padat di Sabah.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________



2.2 Kawasan berpenduduk sederhana padat.

- Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk sederhana padat ialah di kawasan yang mempunyai kepadatan di antara 50 - 200 orang sekilometer persegi.

- Kawasan berpenduduk padat:

• Dataran Pantai Barat: 1. Kulim 2. Jitra 3. Teluk Intan 4. Port Dickson 5. Jasin 6. Muar
• Dataran Pantai Timur: 1. Bachok 2. Marang 3. Kuala Berang 4. Jerantut 5. Bandar Kuantan
• Sabah: 1. Semporna 2. Tuaran 3. Keningau
• Sarawak: 1. Samarahan 2. Sri Aman 3. Limbang

- Kawasan berpenduduk sederhana padat dikaitkan dengan aktiviti perikanan dan pertanian.

- Aktiviti pertanian melibatkan aktiviti penanaman padi, getah dan kelapa sawit seperti Segi Tiga Jengka, Pahang Tenggara, Johor Tenggara dan Kelantan Selatan.

- Kawasan perikanan biasanya melibatkan kawasan pelabuhan perikanan seperti Mersing.


Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan sederhana padat penduduk?

2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk sederhana padat yang dikaitkan dengan aktiviti perikanan.
1. _______________________________
2. _______________________________

3. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk sederhana padat di Sabah.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________

4. Berikan 3 contoh kawasan berpenduduk sederhana padat di Sarawak.
1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________


2.3 Kawasan berpenduduk jarang.

- Di Malaysia, kawasan yang dianggap berpenduduk jarang ialah di kawasan yang mempunyai kepadatan kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.

- Kawasan berpenduduk padat:

• Semenanjung : 1. Felda Triang 2. Felda Jengka Tiga Segi
• Sabah: 1. Felda Umas 2. Felda Sahabat
• Sarawak: 1. Sarikei

- Kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang gunung-ganang serta berhutan tebal mempunyai kepadatan penduduk kurang daripada 10 orang sekilometer persegi.

- Kawasan pedalaman adalah kurang penduduk kerana kekurangan kemudahan sistem pengangkutan dan kurang kegiatan ekonomi di mana penduduk mengamalkan kegiatan pertanian pindah dan tinggal berselerak.

Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Berapa ramaikah jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap sebagai kawasan berpenduduk jarang?


2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk jarang yang terdapat di Sabah.
1. _______________________________
2. _______________________________


3. Mengapakah kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kepadatan penduduk yang sangat jarang?

4. Nyatakan 2 sebab utama kawasan pedalaman mengalami penduduk jarang.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________



5. Nyatakan 2 ciri kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
1. _____________________________________________________
2. _____________________________________________________


3. Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk Malaysia.

- Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor

3.1 Bentuk Muka Bumi

- Kawasan tanah pamah yang subur dan datar merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kawasan ini memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan.

- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Dataran Terengganu merupakan kawasan yang subur dengan jenis tanih aluvium yang menggalakkan penanaman padi.

- Kawasan kaki bukit yang beralun terdiri daripada tanih jenis laterit sesuai untuk penanaman tanaman getah dan kelapa sawit menjadikan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk seperti Baling dan kulim, Kedah serta di sekitar Kerian dan Kuala Kangsar.

- Kawasan pinggir pantai juga merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kawasan ini dikaitkan dengan aktiviti perikanan, pelancongan dan juga pelabuhan.

- Kawasan pedalaman adalah kawasan jarang penduduk kerana kawasan ini terpencil dan kekurangan kemudahan kecuali tempat-tempat tertentu yang menjadi kawasan pertanian dan pelancongan seperti Tanah Tinggi Cameron, Kundasang, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting.


3.2 Faktor ekonomi.

- Tumpuan penduduk biasanya di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi yang banyak seperti kawasan perindustrian, kawasan pertanian, perikanan dan juga kawasan perlombongan.


3.2.1 Kawasan Perindustrian.

1. Mergong, Kedah.
2. Mak Mandin dan Perai, Pulau Pinang.
3. Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor.
4. Larkin dan Tampoi, Johor.
5. Sandakan, Tawau, Likas dan Kepayan, Sabah.
6. Bintulu dan Sg. Antu, Sarawak.

3.2.2 Kawasan Perikanan.

1. Kuala Perlis, Perlis.
2. Kuala Kedah, Kedah.
3. Kuala Kemaman, Terengganu.
4. Papar, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
5. Lutong, Miri, Bintulu dan Kuching, Sarawak.

3.2.3 Kawasan Pertanian.

- Kawasan pertanian merupakan kawasan yang mempunyai jumlah penduduk sederhana padat seperti di Sg. Tiong dan Jerangau, Terengganu, sekitar Keningau, Tenom dan Ranau, Sabah serta di sekitar Sri Aman, Kapit, Sarikei dan Sibu, Sarawak.

- Kawasan pertanian yang dibuka oleh FELDA merupakan kawasan pertanian yang berpenduduk jarang di Malaysia seperti di FELDA Jengka Tiga Segi, Pahang, FELDA Kemahang, Kelantan dan FELDA Sahabat dan Umas, Sabah.

Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Mengapakah kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk?

2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk padat yang terdapat di Semenanjung Malaysia akibat daripada kesuburan tanah jenis aluvium.
1. _______________________________
2. _______________________________

3. Nyatakan 4 kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk sederhana akibat daripada kegiatan pertanian dan juga pelancongan.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________

4. Nyatakan 5 kawasan yang berpenduduk padat akibat daripada aktiviti perindustrian di Malaysia.
1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________
5. _________________________________________________________


3.3 Faktor sejarah.

- Petempatan awal di Malaysia terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.

- Selat Melaka yang menjadi jalan perdagangan sejak dahulu lagi telah menyebabkan perkembangan pelabuhan dan perdagangan di pantai barat Semenanjung Malaysia termasuk kesan pentadbiran British yang hanya mengutamakan kawasan pantai barat semenanjung kerana atas dasar kepentingan ekonomi.

3.4 Sumber mineral.

- Kawasan yang kaya dengan sumber mineral juga merupakan kawasan tumpuan penduduk seperti Lembah Kinta dan Sg. Lembing yang kaya dengan sumber mineral timah.

- Bukit Besi yang kaya dengan mineral besi.

- Paka, Kerteh, Lutong, Miri dan perairan Labuan yang kaya dengan sumber petroleum dan gas asli.

- Kehabisan sumber mineral di sesuatu kawasan akan menyebabkan tumpuan penduduk akan beralih ke tempat lain dan penduduk akan menjadi berkurangan di kawasan berkenaan seperti Sg. Lembing dan Bukit Besi.

- Kuala Lumpur, Ipoh dan Taiping merupakan bandar yang padat penduduk akibat daripada aktiviti perlombongan mineral timah.

- Aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli yang diusahakan di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah mewujudkan pelbagai jenis industri di kawasan sekitarnya.

- Penapisan petroleum dibuat di Kertih, Lutong, Port Dickson dan Tangga Batu.

- Bintulu adalah pusat mencairkan gas asli.

- Bandar Miri dan Paka menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum dan gas asli.

3.5 Dasar kerajaan.

- Dasar kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran penduduk di sesebuah negara yang membawa kesan pada taburan penduduk terutama sekali Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara.

- Dasar Perindustrian Negara bertujuan untuk menggalakkan penubuhan kawasan perindustrian bebas cukai.

- Kawasan perindustrian terancang seperti:

1. Sg. Way dan Teluk Panglima Garang, Selangor .
2. Bayan Lepas dan Perai, Pulau Pinang.
3. Jelapang dan Kinta, Perak.
4. Sama Jaya, Sarawak.
5. Pasir Gudang, Johor.
6. Teluk Kalong Kemaman, Terengganu.


- Pembukaan rancangan kemajuan tanah merupakan satu usaha kerajaan memindahkan penduduk dari kawasan padat penduduk ke kawasan jarang penduduk melalui usaha pembukaan tanah baru untuk tujuan penanaman kelapa sawit dan getah.

- Agensi kerajaan yang terlibat :

1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
2. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
3. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
4. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
5. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDA)
6. Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah Kuching (LCDA)

Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Mengapakah kawasan muara sungai, tebing sungai dan juga pinggir pantai menjadi tumpuan penduduk dalam penempatan awal di Malaysia?

2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk padat akibat daripada sumber mineral petroleum dan gas asli.
1. _______________________________
2. _______________________________

3. Nyatakan 2 contoh kawasan yang mengalami pengurangan penduduk akibat daripada kehabisan sumber mineral.

1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________

4. Nyatakan 6 agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha penempatan baru penduduk ke kawasan tanah baru di Malaysia.

1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________
5. _________________________________________________________
6. _________________________________________________________

3.6 Pengangkutan dan perhubungan.

- Kemudahan pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan penting sebagai pusat tumpuan penduduk.

- Kawasan yang kurang jaringan pengangkutan adalah kurang penduduk seperti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

- Sistem pengangkutan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti:

1. Sungai Petani, Kedah.
2. Bukit Tengah dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
3. Jelapang, Perak.
4. Senai, Johor.

- Pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan Lepas menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk.

- Peluang pekerjaan yang terdapat di kawasan pelabuhan seperti pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung pelepas dan Pelabuhan Kuantan menggalakkan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Mengapakah pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam hal kepadatan penduduk?

2. Nyatakan 2 contoh kawasan yang berpenduduk jarang akibat daripada sistem pengangkutan yang kurang.

1. _______________________________
2. _______________________________

3. Nyatakan 4 kawasan yang telah berkembang akibat daripada wujudnya pengangkutan Lebuh Raya Utara Selatan.

1. _________________________________________________________
2. _________________________________________________________
3. _________________________________________________________
4. _________________________________________________________

Latihan

Jawab semua soalan di bawah. Nyatakan taburan penduduk sama ada padat, sederhana padat atau jarang dan faktor utama yang mempengaruhi taburan penduduk di dalam jadual di bawah.

Kawasan Taburan Faktor Mempengaruhi
Bayan Lepas
Ipoh
Seremban
Banjaran Tahan
Mersing
Banjaran Kapuas
Genting Highlands
Kerteh

~ 0 ulasan