GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 6

~ 30 Jun 2009
PETA

- Peta merupakan gambaran atau pelan yang menunjukkan kedudukan ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya yang terdapat di dalam peta yang menggambarkan sesuatu kawasan yang hendak dipetakan.

- Secara umum terdapat 4 jenis peta iaitu:

1. Pelan ( Lakaran yang menggambarkan keadaan sesuatu kawasan tetapi maklumat masih kurang) .

2. Peta Atlas (Peta yang menunjukkan secara umum tentang sesuatu topik seperti jenis tanaman, politik dan sebagainya).

3. Peta glob ( Juga dimasukkan sebagai peta atlas)

4. Peta Topografi ( Gambaran yang lebih tepat dan teliti. Memperlihatkan secara terperinci mengenai keadaan sesuatu tempat daripada aspek ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya/ciri-ciri kemanusiaan).

- Dalam perkembangan geografi semasa penggunaan peta bergambar semakin popular untuk memberikan maklumat yang ringkas dan mudah kepada pengguna terutama sekali dalam bidang pelancongan.

- Peta bergambar biasanya memaparkan maklumat mengenai:

1. Tempat bersejarah.
2. Pusat rekreasi.
3. Pusat membeli belah.
4. Kawasan penginapan.
5. Kemudahan pengangkutan.

- Usaha memetakan permukaan bumi telah dimulakan oleh Anaximander dari bandar Miletus (Yunani) dengan menggunakan skala di dalam peta, beliau telah meletakkan negara Yunani di tengah – tengah negara Eropah.



Latihan


Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai peta?


2. Nyatakan 5 jenis peta.

1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
4. ___________________________________________
5. ___________________________________________


3. Peta bergambar sangat penting di dalam bidang ___________________.


4. Nyatakan 5 jenis maklumat yang dipaparkan di dalam peta bergambar.

1. ___________________________________________
2. ___________________________________________
3. ___________________________________________
4. ___________________________________________
5. ___________________________________________



2. Peta Bergambar.

- Peta bergambar digunakan di dalam peta pelancongan.

- Peta bergambar biasanya menggunakan angka, nombor atau simbol bergambar untuk mewakili ciri-ciri tertentu di dalam peta pelancongan.

- Ciri-ciri sebuah peta bergambar ialah:

• Tajuk.

• Petunjuk peta

• Arah mata angin



2.1 Mentafsir Peta Bergambar.

- Peta bergambar boleh ditafsir atau dibaca berdasarkan pada:

• Tajuk peta penting kerana ia memberi maklumat kepada pembaca peta mengenai kawasan peta itu diambil.

• Petunjuk peta sangat penting untuk memudahkan kita melihat secara tepat keadaan sesuatu kawasan yang digambarkan berdasarkan kepada petunjuk yang diberikan. Daripada petunjuk kita dapat menentukan ciri-ciri fizikal serta ciri-ciri budaya di sesuatu kawasan.

• Arah mata angin sangat perlu untuk memudahkan kita menentukan arah sesuatu tempat di atas peta.

- Ciri-ciri fizikal – Semua unsur yang terjadi secara semula jadi seperti gunung, sungai, tumbuhan semula jadi dan lain-lain.

- Ciri-ciri budaya – semua unsur yang terjadi akibat daripada kegiatan manusia atau ciri-ciri buatan manusia seperti sistem pengangkutan, jalan raya, padang, bangunan dan lain-lain.




Latihan

Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai peta bergambar?


2. Peta bergambar digunakan di dalam peta ________________.


3. Nyatakan 3 ciri utama peta bergambar.

1. _______________________________________________
2. _______________________________________________
3. _______________________________________________


4. Apakah yang dimaksudkan sebagai ciri-ciri fizikal?


5. Apakah yang dimaksudkan sebagai ciri-ciri budaya?

0 ulasan:

Catat Ulasan