GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 3
30 Jun 2009
SKALA DAN JARAK
~
1.1 Skala
- Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
- Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
1.2 Jarak.
- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
• Jarak Mutlak.
• Jarak Relatif.
- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.
Latihan
Jawab semua soalan berikut:
1. Apakah skala?
2. Apakah skala lurus?
3. Berikan 3 jenis skala.
1. __________________________
2. __________________________
3. __________________________
4. Apakah jarak?
5. Apakah jarak mutlak?
6. Apakah jarak relatif?
2. Jenis-jenis skala lurus.
2.1 Skala lurus mudah.
- Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.
2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
- Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada asas menukar skala lurus mudah
2.2 Skala lurus penuh.
- Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengan nombor 1 diikuti dengan nombor 0.
- Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.
Latihan
Jawab semua soalan berikut:
1. Nyatakan 2 jenis skala lurus.
1. ____________________
2. ____________________
2. Lukiskan satu contoh rajah skala lurus mudah.
3. Lukiskan satu contoh rajah skala lurus penuh.
4. Nyatakan 2 perbezaan yang ketara di antara skala lurus mudah dengan skala lurus penuh.
1. _____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
3. Mengukur Jarak.
- Jarak pada peta boleh diukur dengan menggunakan alat:-
1. Pembaris
2. Jangka tolok
3. Jalur kertas
4. Benang
5. Kertas teres (Tracing Paper )
- Dalam tajuk ini penggunaan kertas teres akan ditekankan kerana penggunaan kertas teres merangkumi semua fungsi alat yang disenaraikan dari 1 hingga 4 di atas.
Nota:
1. Anda boleh juga menghasilkan kertas teres sendiri dengan menggunakan kertas A4, kertas bergaris bersaiz A4 atau B4. Lumurkan kertas anda dengan minyak masak dengan rata kemudian lap dengan kain minyak yang berlebihan dan keringkan di bawah sinaran matahari.
4. Menukar jarak pada peta kepada jarak sebenar.
- Jarak di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak sebenar dengan berdasarkan kepada skala peta yang diberikan.
- Kaedah yang digunakan ialah mengambil jarak di atas peta dengan menggunakan kertas teres kemudian ukur jarak yang diperolehi dengan skala peta yang telah disediakan.
5. Menukar jarak sebenar kepada jarak di atas peta .
- Jarak sebenar di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak tertentu untuk tujuan pemetaan.
- Pertukaran jarak daripada jarak di atas bumi kepada jarak di atas peta ditentukan dengan menetapkan skala peta yang hendak digunakan.
0 ulasan:
Catat Ulasan