GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 1
30 Jun 2009
KEDUDUKAN
~
- Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga sebagai ‘global address’.
- Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.
- Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan longitud yang dikenali sebagai peta grid.
- Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah 111Km.
- Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan apabila berada di garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.
- Eratosthene (276 – 194 S.M.) merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi, merupakan tokoh yang menghasilkan sistem garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.
- Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem Peta Grid.
- Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan pada garisan latitud dan longitud.
- Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya memberikan dua nombor rujukan yang merupakan kedudukan garisan latitud dan garisan longitud yang merupakan titik persilangan kedua-dua garisan.
- Pemetaan permukaan bumi di dalam sistem penentuan lokasi berasaskan teknologi moden seperti Global Positioning System (GPS ) memanfaatkan sistem peta grid dalam penentuan lokasi dengan tepat.
Garisan Latitud.
- Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa di dalam pemetaan permukaan bumi.
- Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.
- Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang membahagikan bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
- Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling panjang iaitu 45,075.16 kilometer.
- Garisan latitud berfungsi sebagai penentu lokasi atau kedudukan di atas peta dan glob.
Latihan
1. Kedudukan sesuatu tempat di atas peta dunia ditentukan dengan titik persilangan antara ___________________ dan __________________.
2. Garisan latitud dilukis secara ________________ di atas glob.
3. Garisan khatulistiwa membahagikan bumi kepada 2 bahagian iaitu ________________ dan ________________________.
4. Garisan latitud yang terpanjang ialah garisan __________________ yang mempunyai ukur lilit ______________ kilometer.
5. Tokoh geografi yang pertama menghasilkan garisan bujur dan lintang ialah __________
Melukis dan Menentukan Kedudukan Garisan Latitud.
- Kedudukan sesuatu kawasan di atas peta atau glob adalah sangat mudah dirujuk dengan berdasarkan peta grid yang menggunakan garisan latitud dan longitud.
Garisan Longitud
- Merupakan garisan bayangan yang dilukis dari Utara ke Selatan di atas glob.
- Garisan ini sama panjang dan bertemu di bahagian kutub Utara dan Kutub Selatan.
- Garisan ini sangat penting untuk menentukan waktu tempatan.
- Garisan meridian dilukis berdasarkan kepada garisan meridian pangkal.
- Pada tahun 1884 sekumpulan saintis, pedagang dan juga ahli pelayaran menjadikan Greenwich, England sebagai meridian pangkal.
- Garisan Meridian Pangkal (Prime Meridian) juga dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich (GMG) yang terletak di London.
- Nilai sudut bagi garisan Meridian Greenwich ialah 0°.
- Ukuran sudut bagi garisan longitud ialah :
1. Zon Barat 0° - 180°B
2. Zon Timur 0° - 180°T
- Garisan Longitud 180°T dan 180°B adalah merupakan garisan yang sama dan dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) bersetentang dengan garisan meridian pangkal di atas glob.
- Garisan ini terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.
- Penting untuk menentukan pertukaran tarikh antarabangsa.
Melukis dan Menentukan Kedudukan Garisan Longitud.
- Kedudukan sesuatu kawasan di atas peta atau glob adalah sangat mudah dirujuk dengan berdasarkan peta grid yang menggunakan garisan latitud dan longitud.
Menyatakan dan menentukan kedudukan sesuatu tempat berasaskan Latidud dan Longitud.
Kedudukan pada glob.
- Dalam penentuan kedudukan sesuatu tempat di atas glob, titikan rujukan berasaskan garisan latitud dan longitud digunakan.
- Harus diingat bahawa tertib membaca kedudukan di atas glob dimulakan dengan garisan latitud diikuti dengan garisan longitud (Latitud, Longitud).
Kaedah menentukan kedudukan di atas glob.
1. Pastikan kedudukan garisan latitud 0° dan juga kedudukan garisan meridian Greenwhich 0°.
2. Pastikan lokasi yang hendak dicari berada di zon yang betul dengan melihat sama ada berada di zon barat atau timur dengan melihat GMG dan sama ada lokasi berada di hemisfera utara atau hemisfera selatan dengan melihat garisan latitud 0°.
3. Kebiasaanya kedudukan sesuatu lokasi adalah berdasarkan kepada nilai sudut.
Menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta dengan menggunakan garisan latitud dan longitud.
- Garisan lintang adalah sangat penting untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas permukaan bumi yang berpandukan kepada peta.
- Titik persilangan di antara garisan latitud dan garisan longitud menunjukkan kedudukan tempat berkenaan.
- Panduan menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan berpandukan kepada garisan latitud dan garisan longitud ialah nilai garisan latitud disebut dahulu diikuti oleh nilai garisan longitud.
- Garisan latitud dan longitud diukur dengan menggunakan unit:
1. darjah (° )
2. minit ( ' )
3. saat ( ' ' )
Setiap darjah (°) garisan longitud dan garisan latitud dibahagikan kepada 60 minit
0 ulasan:
Catat Ulasan